Saturday, March 28, 2009

UMNO PENDEKATAN YANG BARU

Maka tamat lah perhimpunan UMNO untuk sesi ini. Segala misi dan visi yang baru telah terpahat di fikiran pemimpin pemimpin yang terpilih untuk reformasi ini. Sebagai saorang rakyat yang perihatin ingin saya memberi panduan untuk pemimpin-pemimpin yang telah di pilih untuk memberi pendekatan yang baru kapada rakyat yang selama ini telah sebanyak sedikit terluka dengan pemimpin UMNO lantaran itu mereka tidak menyokong UMNO:-

UNTUK PENAGIH DADAH

Masaalah penagihan dadah ini tiada titik noktahnya jika tidak di tangani dengan ikhlas.Semuanya bermula dari rumah.Kenakan hukuman kepada ibu bapa jika anak mereka jadi penagih dadah pada umur 18 kebawah.

UNTUK MAT REMPIT

Pemantau yang ikhlas juga mesti di berikan.Janganlah sampai abang abang polis kita di permainkan oleh Mat Rempit dari segi kepakaran menunggang motosikal.Begitu jua ibu bapa perlu di hukum jika anak anak mereka merempit di bawah umur 18 tahun.

PEKERJA TANPA IZIN.

Mereka ini yang menimbulkan masaalah kepada kehidupan sosial rakyat di negara ini.Kerana kurang kawalan dan pemantauan permit.Untuk perkara ini sebelum menjadi masaalah utama negara maka haruslah segala kemasukkan pekerja asing ini di hanya di kelolakan oleh Kementerian yang bertanggung jawab sahaja.Tiada agen tenagakerja langsung.Jika mana mana majikan yang kepingin pekerja asing pastikan tempat tinggalnya dan keluar masuk hariannya di kawal.Ini semua untuk keselesaan rakyat kita.Jika tiada keselesaan hidup di negara sendiri di sebabkan mereka ini rakyat akan menyalahkan kerajaan dan ini akan menjauhi minat rakyat untuk menyokong kerajaan.Apa gunanya berumah besar jika tidur pun tak lena kerana memikirkan keselamatan keluarga takut di rompak oleh pendatang asing.Lainlah menteri kerana ada pengawalnya.

PENDEKATAN PADA REMAJA

Mereka inilah yang patut diberi tumpuan lebih kerana mereka ini bakal menjadi rakyat yang bertanggung jawab keatas negara di masa yang akan datang.Pendekatan kapada mereka ini pastikan tidak terlalu drastik.Jangan banyak nasihat nanti membuat mereka mual.Jangan cerita pasal politik nanti mereka mengeritik.Tanya apa mahunya.Jika ugama kita hantar yang alim.Jika yang suka bersukan kita hantar jurulatih.Jika yang suka muzik kita hantar ahlil muzik.Kita terpaksa mengikut tempo mereka.Kita adakan AF al-Quran,AF nyanyian,musik,bola dan segala kesukaan mereka jangan cerita langsung pasal politik mereka akan berfikir dengan bijaknya setelah ada kepuasan.Mengapa penuntut di luar negara kebanyakan tidak menyokong kerjaan.Ini kerana pendekatan oleh orang kerajaan.Pendekatan dengan mereka ini pasti telus dan kurangkan birokrasi dan protokol.Insyaallah merendah diri itu lebih baik dari sombong dan bongkak.Kurangkan cerita kebaikkan kerajaan terlampau sangat kerana mereka mengetahuinya.Jika kita syorkan menarik balik biasiswa mereka , bertamlah musuh kerajaan.
Ini akan mengurangkan sokongan kepada kerajaan.

PERANGAI AHLI POLITIK


Disini saya nyatakan panduan untuk ahli politik sama ada di bandar atau di kampung:-

1. Jika dah di lantik menjadi ahli politik janganlah menunjukkan kemewahan di luar kemampuan

2. Jangan janji kosong pada rakyat.Dengar rintihan rakyat dan bertindak.

3. Jauhi dari skandal saperti rasuah,perempuan,suka berfoya dan perkara yang di larangi agama.

4. Jauhi dari persepsi buruk oleh rakyat dan mesti telus.

5. Jangan bercakap besar tentang boleh menang dalam pilihanraya kecil mahupun PRU.Beralas sikit cakap ini semua ketentuan Allah.Saperti baru baru ini ada Menteri menyatakan UMNO memberi pinjam sekejap saja kapada PKR kawasan tersebut dan pasti akan di rampas kembali oleh UMNO.Ini satu ungkapan yang membuat rakyat merasa muak dengan kata2 saperti ini apa salahnya berkata begini>"Jika di izinkan Allah dan dengan sokongan pengundi di kawasan ini nescaya kita boleh menang." kena ubah pendekatan dan percakapan.

6.Jangan sentuh banyak tentang kebaikan kerjaan terlampau sangat biar rakyat yang mengatakan kerjaan baik jangan sesekali mengaku kebaikkan diri.

7..Jangan beri peluang untuk rakyat beranggapan negative kepada isteri isteri orang politik.Jangan campur urusan suami hanya buat kerja2 amal sahaja tak lebih dari itu.Isteri mesti
tutup aurat ini hukum Allah jangan abaikan perintahnya.Ini semua diperhatikan rakyat mungkin kehilangan sokongan jika ada ketidak selesaan di mata rakyat perangai isteri2 ahli politik.

8.Jangan sesekali bercerita tentang politik di masjid2 dan surau be neutral.

9.Segala cerita keburukkan kerajaan dan hasutan mesti dipantau sekeras2nya

10 Jangan bercerita keburukan parti lawan kerana rakyat dah pandai menilai

11.Insyaallah saya doakan agar berjayalah Pak Najib dengan komposisi yang ada ini untuk mentadbir negara ini ke landasan yang di redhai...........................amin


Tegap 03.09