Monday, May 26, 2008
MASANYA DAH TIBA
Saya rasa memang tepat pada masanya untuk kerajaan mengawasi blog yang di hiasi dengan gambar lucah,perkataan yang tak sepatutnya digunakan dan berbagai bahan yang menjadi sampah di internet.Kebanyakan yang melayari internet adalah remaja-remaja yang kononnya akan menjadi pemimpin pada masa depan.Sanggupkah kita atau generasi akandatang di pimpin oleh pemimpin yang telah dikorup dari segi bahasanya,minda berontaknya dan pemikiran yang negativ,kerana mereka ini di hidangkan dengan tulisan-tulisan yang kurang zatnya semasa remajanya.Ada penulis tulisanya hanya mempaparkan keburukan orang dan ada penulis menulis dengan perkataan maki hamun dan ada yang kerjanya memburukkan kerajaan dan apa yang dilakukan oleh kerajaan semua nya tak betul.Mereka menulis atas cerita dari mulut ke mulut dan tak pasti kebenarannya.Pasti di ingat segala apa yang kita tulis itu adalah pendidikan atau perintis untuk generasi akan datang.Tulislah dengan berhemah dan betul faktanya supaya dapat melahirkan generasi yang berwibawa untuk negara yang kita cintai ini.Bak kata pepatah kita "JIKA GURU KENCING BERDIRI MURIDNYA KENCING BERLARI"
Sunday, May 25, 2008
BOLEH TAK DIUJUDKAN "BANGSA MALAYSIA"
Bolehkan terujudnya "Bangsa Malaysia".Pada pendapat saya boleh,tetapi mungkin berpuluh puluh tahun lagi.Saya berpendapat demikian kerana sebelum terjadinya "Bangsa Malaysia"bolehkah di Malaysiakan bangsa-bangsa yang telah ada,iaitu megunakan satu bahasa dalam pertuturan iaitu bahasa Melayu.Bolehkah ini dilaksanakan?Sedangkan sudah lima puluh tahun kita merdeka ada yang masih tergagap gagap bila berbahasa Melayu.Itu baru bahasa bagaimana dengan budayanya.Bolehkah kita jadikan sebagaimana di Indonesia?Di Malaysia hanya satu negeri sahaja yang berjaya mekelantankan bangsa Cina mahupun orang India.Mereka fasih bertutur bahasa Kelantan dan sedikit sebanyak mencintai adat resam orang Kelantan dan budayanya.Bolehkah kita Malaysiakan rakyat yang berbilang kaum yang yang telah lama hidup di dalam budaya masing2.Bolehkah kita hilangkan bagaimana perasaan orang Melayu terhadap orang Cina dan begitu juga sebaliknya.Kita perhatikan yang remeh2 sahaja saperti jika di syarikat orang Cina tentu majoriti pekerjanya orang Cina.Kalau di syarikat Melayu tentu pekerjanya ramai orang Melayu.Begitu juga kalau syarikat orang India.Tetapi pernahkah kita pergi melihat di syarikat asing yang berada di Malaysia.Siapa yang ramai bekerja?Tentulah ramai orang Melayu tetapi di department mana?Cuba kita tinjau di pentadbirannya siapa yang ramai.Saolah2 orang yang menanam modal di negara kita ini tidak begitu yakin pada orang Melayu untuk memberi jawatan2 yang tinggi.Kalau adapun dah terpaksa.Dimana silapnya?,atau pun mereka ini dah mengetahui "attitude" orang Melayu bila bekerja atau pun dah di beritahu terlebih dahulu.Fikir fikirkanlah saya masih teringat Persekutuan Tanah Melayu.Saya inginkan Malaysia yang beridentiti berkonsepkan rukun negara yang ada.
Wednesday, May 21, 2008
TAK LENA TIDUR.............
Tsunami politik masih lagi bergegar.Pendapat mencurah-curah.Kutuk mengutuk melempah-ruah,tak kurang juga yang mengambil jalan tengah.Di manakah rakyat akan berpaling sedangkan jentera pemerintahan masih berserabut.Nak berpaling kepada pembangkang belum ada apa yang dibuktikan.Masing-masing sedang sibuk dengan memperbetulkan jentera masing-masing.Seperti memperbaiki kereta lama,usik yang ini yang itu rosak akhirnya tukar semua.Perlu di ingatkan juga kereta lama kuat makan minyak hitam.Jadi pada yang di atas sana carilah jalan penyelesaian supaya rakyat tenang,senang dan aman.Pada yang tidak mahu memikirkan tentang politik saya rasa mereka lebih banyak memikirkan tentang keselamatan.Apa gunanya kemajuan jika rakyat tidur malam pun tak lena kerana mengenangkan bilakah rumah kita akan dimasuki perompak dan menghunuskan parang panjang ke leher kita.Rata rata berbagai jenayah telah berlaku di seluruh negara dan tiap hari keluar berita yang menakutkan rakyat di akhbar-akhbar.Wahai Menteri yang berkenaan dan Wakil Rakyat yang dilantik tolonglah bertindak sewajar-wajarnya supaya rakyat boleh tidur lena di malam hari dan senang hati untuk meninggalkan rumah untuk menumpang hidup di negara yang bertuah ini.Fikir fikirkanlah.
Wednesday, May 14, 2008
CEKIK KELEDEK MAKAN UBI KAYU
Terkenang semasa dulu
Waktu Jepun perintah Tanah Melayu
Cekik keledek makan ubi kayu
Badan gemuk tidak menentu.............
Inilah diantara senikata lagu Terkenang Semasa Dulu nyanyian Hang Mokhtar.Makanan tradisi orang Melayu ubi rebus. Sekarang pun masih orang tercari cari dimana nak beli ubi nak cecah dengan sambal belacan dengan kopi o panas memang sodap tu ,makan pula semasa hari hujan,.duduk pula di hujung serambi mengadap sawah bendang..........cuba gambarkan betapa nikmatnya.Sekarang oleh kerana kekurangan beras di suruhnya kita memakan segengam beras saja dan di suruh makan keledek......betul tak betul YB ini.Itulah dulu wakil Pas suruh tanam padi depa kata merugikan lebih baik import.Sekarang apa dah jadi jawablah sendiri......fikir fikirkanlah.

Tuesday, May 6, 2008
SEJAUH MANAKAH PERJUANGAN BLOGGERS
Biasanya mengikut realitinya pejuang kebenaran selalunya kecundang,entah apa sebabnya kita pun tak tahu.Mungkin itu kehendak alam boleh jadi juga atau telah di set begitu rupa.Pada pejuang di blog, berwaspada sedikit.Tanya diri sendiri dan kenal diri sendiri sebelum mengambil keputusan untuk menjadi saorang blogger pejuang kebenaran.Sudahkah aku adakan tempat berteduh untuk keluargaku?Bagaimana keadaan kewanganku?Jika terjadi apa-apa terhadap diriku adakah orang akan membelaku?Akhirnya apa akan terjadi pada isteri dan anal-anakku?Harus difikirkan juga, kawan sekali dua boleh lah membantu,bagaimana kali ketiga dan seterusnya?
Saya membaca berpuluh blog satu hari,ada yang menulis ikut rasa,ada menulis ikut perasaan,ada yang menulis membabibuta.Tahu kah anda jika tersalah tulis padah akibatnya.Jangankan tersalah tulis mengambil gambar secara cut & paste tanpa kebenaran pun adalah satu kesalahan.Jadi berwaspada lah bila menulis, biarlah berpatutan.Ingatlah anak bini jika terjadi apa2 bukan kita saorang yang susah malah satu keluarga akan susah.Kalau nak memperjuangkan undang2 jadilah peguam.Kalau nak memperjuangkan nasib rakyat jadilah ahli politik.Biasanya bila dah di atas semuanya terlupa.Fikir fikirkanlah.

Sunday, May 4, 2008
BILAKAN REDA
Bilakan reda badai di lautan
Supaya boleh aku berenang
Bilakan reda ribut melanda
Bolehku berteduh di rumah pusaka
Air dan angin punya angkara
Mengapa kami terselit antara
Puting beliung ciptaan kalian
Melemaskan kami di pangkalan
Terhiris rasa di jantung hatiku
Melihat bangsaku semakin layu
Sekarang berhujah dulu membisu
Konon menuju matlamat bersatu
Kecederaan telah tercipta
Atas alpa dan terlupa
Bertambah hancur lagi tercipta
Baru tejaga dari terlena...........
Supaya boleh aku berenang
Bilakan reda ribut melanda
Bolehku berteduh di rumah pusaka
Air dan angin punya angkara
Mengapa kami terselit antara
Puting beliung ciptaan kalian
Melemaskan kami di pangkalan
Terhiris rasa di jantung hatiku
Melihat bangsaku semakin layu
Sekarang berhujah dulu membisu
Konon menuju matlamat bersatu
Kecederaan telah tercipta
Atas alpa dan terlupa
Bertambah hancur lagi tercipta
Baru tejaga dari terlena...........
Saturday, May 3, 2008
KUALI MENGATAKAN BUNTUT BELANGA HITAM
Saya membaca berpuluh blog di dalam satu hari.Kebanyakannya menceritakan keburukan individu,Yang memimpin kutuk yang kena pimpin dan yang kena pimpin kutuk si pemimpin.Ada yang membandingkan si polan itu hina dari tahi babi,si polan itu kaki betina dan bermacam macam lagi.Sebelum di jatuhkan hukuman oleh yang berhak menghukum si bloggers ni dah pula menghukum.Dimanakah keadilan untuk orang yang di tuduh?
Kelakuan manusia ini adalah pengaruh dari cara didikan dari ayah ibu.Jika emak bapak nya kuat mencarut mungkin anaknya mengikut begitu juga seterusnya.Ada orang suka mendengar orang mencarut atau memaki hamun seseorang ada yang tidak kerana didikan berbeza dan taraf kehidupan manusia pun berbeza.Pergaulan pun sedikit sebanyak membawa pengaruh dalam kehidupan kita.Jika bergaul dengan orang suka ke surau kesurau lah kita dan jika bergaul dengan orang yang suka berdangdut, berdangdutlah kita dan seterusnya.
Kadang kadang saya geli geleman bila terbaca perkataan yang tak sepatutnya di gunakan di dalam penulisan.Terus terang saya katakan jika begini adanya penulis2 yang kononnya pakar dalam politik mahu pemain politik yang lain akan membuat ramai yang atas pagar tidak akan mahu mengundi.Penulis penulis pembangkang menulis dengan maki hamun begitu juga kesombongan parti pemimpin dan keceluparanya bak kata pepatah "Kuali mengatakan buntut belanga hitam".Saya rasa semua orang tahu, di lantik siapa saja di atas akan begitulah jadinya.Kroni tetap kroni dan proxi tetap proxi,ini mengikut realitinya.Jadi rumusan saya janganlah buat yang orang yang tak berdosa ini merajuk dan tidak memperdulikan hal2 politik kita ini.Sekarang pun dah ramai yang mengundi bukan kerana "partinya" tetapi" orangnya."Kadang kadang sayu juga hati bila terpandang di buku peta lama tertulis "PERSEKUTUAN TANAH MELAYU"

Subscribe to:
Posts (Atom)