Tuesday, June 24, 2008

Monday, June 23, 2008

GELI GELEMAN MELIHAT PERWATAKAN ORANG POLITIK

Melihat perwatakan dan mendengar kata ucapan orang2 politik ini kadang kadang rasa malas nak ambil peduli.Ada yang kata begini ada yang kata begitu mengapa tidak pelawak pelawak ini duduk semeja berunding untuk kebaikan negara dan rakyat dan akurlah pada kekalahan dan kemenangan.Mengapa mesti adanya cucuk mencucuk,hebahkan kelemahan masing masing mengapa tidak cari jalan tengah berunding dan menuju ke matlamat yang satu walau pun berlainan ideologi.Sudahlah berhenti menunding jari nanti sampai bila pun tak selesai.Pak Lah orang Melayu dan Annuar pun orang Melayu jangan kita ditertawakan oleh bangsa asing.Mengapa orang Melayu suka kutuk Melayu mencari kesilapan masing masing.BN bermati matian untuk mengambil alih Kelantan mengapa tidak dibiarkan sahaja Nik Aziz memerintah.Tidak terlihat oleh BN negeri Kelantan sahajalah yang boleh memelayukan yang bukan Melayu.Gedung perniagaan banyak dipunyai orang Melayu dan perniagaan yang biasanya dijalankan oleh orang Cina tetapi di Kelantan perniagaan itu di jalankan oleh orang Melayu.TIDAK KAH KITA MERASA BANGGA?.Parti pembangakang pun serupa, cari jalan untuk menjatuhkan kerajaan yang ada.Tidakkah parti pembangkang tahu implikasinya jika terjatuhnya kerajaan yang ada sekarang.Siapa nak jadi menteri dan timbalan nya dan yang lain lain cukup ke orang?. Biasanya apabila Melayu menyerahkan tugas kepada Melayu banyak fail yang hilang tidaklah selicin Cina dengan Cina lagi ikhlas seperti di Penang.Bukankah ini akan merumitkan suasana dan pentadbiran negara pun akan terjejas.Pada Anuar berharaplah kami ,janganlah kacau kacau Pak Lah lagi dan begitu juga Pak Lah janganlah kacau PR akurlah bersama berundinglah baik baik demi untuk rakyat yang dah terbeban dengan keadaan ekonomi sekarang.Kalau orang orang Sabah bising bising lepaskan sahaja Sabah tu kepada mereka .Nak terlongkup ke atau maju biar jadi bebanan mereka.Kita jaga Semenanjung Tanah Melayu,kita pun asalnya bukan bersama mereka.Kita tanam getah,sawit dan padi banyak banyak dan kita pulangkan balik pekerja asing ini ke negeri mereka nescaya kita hidup aman sentosa sampai ke akhir hayat dan Pak Lah pun tak pening kepala dan Annuar duduk diam diam apa lagi nak bising bising semua dah tua bila bila masa kita akan pergi.Yang pentingnya biarlah kami hidup senang kami tak perlukan yang mewah2 hanya bumbung untuk berteduh,ada baju untuk di pakai dan ada nasi untuk disuap dan tanah kubur untuk kami kebumikan.Fikirkanlah....bersimpati pada yang ikhlas dan jujur yang menjadi mangsa keadaan.

Friday, June 6, 2008

KALAU GAJI RM1500/ TINGGAL DI KL

Kalau pendapatan kita RM 1500/= tinggal di KL mari kita buat "breakdown" gaji kita itu:-

Sewa rumah Rm 500.00
Bil api dan air Rm 60.00
Bil Astro Rm 60.00
Bil Handphone Rm 50.00
Ansuran kereta(kancil) Rm 400.00
Minyak Rm 200.00
Susu anak Rm 100.00
Perbelanjaan dapur Rm 500.00
Makan di tempat kerja Rm 150.00

JUMLAH RM 2,020.00

Belum lagi yang remeh dan yang temeh.Tiap tiap bulan semuanya minus maka jawabnya susahlah hidup.Kalau pandai adjust pun mungkin cukup cukup sahaja.Macam mana nak kirim orang tua.Orang yang hidup susah iman pun boleh terbalik mereka akan lakukan apa saja untuk hidup.Implikasinya pun banyak kalau tak berduit,isteri pun boleh minta cerai.Fikiran jadi tekanan dan boleh hilang akal.Mula jadi baran,amal ibadah pun tak ushuk pendek kata hidup tak sempurna.Jadi fikirkanlah apa yang patut untuk bersama menempuh hidup dengan penuh cabaran ini.Tak kan nak harapkan "Bersamamu TV3 ".

Thursday, June 5, 2008

MEREKA TAK RASA KEPERITAN

Apabila minyak naik itulah ibu kepada segala segalanya,lepas itu harga barang lain akan naik.Mereka hanya mencadang,berforum,berbincang di TV dan minta pendapat, tindakan "O"hanya untuk sebuah rancangan TV sahaja.Mereka ini tidak rasa keperitan apa di risaukan semuanya ditanggung,kereta,pemandu,minyak kereta dan kadang barang makanan pun di supply,mereka tak tahu apa itu keperitan hidup.Jadi wahai Pak Menteri fikir2 fikirkan lah keperitan hidup yang kami hadapi carilah jalan keluar dari kepompong ini.Kami bukan mahu kayaraya yang kami inginkan ialah keselesaan hidup..fikir fikirkanlah.

Tuesday, June 3, 2008

APA DAH JADI TAN SRI JINS

Terperanjat juga saya apabila soalan Tan Sri Jins di persendakan oleh menteri yang menjawab soalan berkenaan "O" rasuah. Kata menteri "Jika dalam filem mungkin boleh"jawapan penuh dengan perli orang filem.Itulah Tan Sri lain kali kemukakan saja soalan berkenaan seni saja.Saya percaya Tan Sri di lantik sebagai Senator untuk mewakili orang2 seni sapatutnya ceritalah pasal bagaimana untuk membela nasib orang2 seni yang tak bernasib baik untuk menghadapi masa tua yang kelam.Tanya bagaimana nak memohon lesen teksi untuk anak seni ini menyambung hidup setelah karier seninya tamat.Mintalah peruntukkan rumah PPR untuk anak2 seni barulah relevan.Tentang rasuah biarlah orang yang biasa dengan rasuah mengendalikannya.Kita anak seni tak kenal rasuah.

RASA NAK TERGELAK

Tolonglah Pak Menteri janganlah membentangkan cerita cerita yang tak perlu di dengar oleh rakyat perkara yang rakyat dah dapat memikirkan tak payah di hebohkan di parliment rakyat tahu.Saorang menteri menghebohkan bahawa kerajaan negeri di bawah PR agresif konon nya menukar pegawai2 uztaz2 dan kaki tangan masjid yang tak menyokong kerajaan PR.Berkata juga Pak Menteri bahwa apakata jika kerjaan tak benarkan anak2 dari PR tak di benarkan masuk ke sekolah kebangsaan.Sudahlah pak Menteri jangan jadi budak2 semasa BN memerintah dulu pun dua kali lima juga parti pembangkang nak gunakan balai raya pun tak boleh.Sudahlah jangan pasal orang politik yang bersikap sedemikian rupa rakyat yang tersepit dan di sebabkan perkara begini lah rakyat akan merajuk kerana rakyat tahu cerita sebenarnya.Janganlah Pak Menteri membentangkan perkara yang remeh seperti ini lagi fikirkanlah bagaimana nak bekerjasama untuk kemajuan dan kepentingan rakyat.Ini semua akan membuat rakyat akan "POTONG STEAM" dengan BN.Fikir fikirkanlah wahai Pak Menteri

SAOLAH HIDUP DI NEGARA PENYAMUN

Makin lama makin takut rasanya untuk membenarkan isteri dan anak keluar rumah untuk hal yang tertentu walau pun dekat dari rumah.Isi minyak kereta pun kena rompak,keluar buang sampah pun kena samun,duduk di rumah pun kena rompak saolah jenayah ada di mana2 dan rumah bukan lagi tempat selamat lagi.Saya rasa tak perlulah hiraukan barang naik tak perlu difikirkan untuk memperbaiki transport awam ini semua pilihan kedua untuk kita fikirkan.Yang pentingnya biarlah kita hidup tidak dalam ketakutan tak risau hendak kemana mana.Ini tidak nak keluar rumah buang sampah pun kena pandang kiri kanan,.apa dah jadi.Tidak kah ada menteri yang benar benar serious untuk memikirkan hal ini.Saya rasa mereka terlepas pandang kerena mereka semua ada bodyguard dan ada driver, keselamatan anak isteri terjamin.Janganlah begitu Pak Menteri fikiranlah kami yang hidup dalam ketakutan kadang tidur pun tak lelap,berdetik bunyi di belakang rumah melenting bangun pergi siasat.Tolonglah carilah jalan bagaimana memulihkan keadaan apa guna pembangunan jika keselamatan rakyat tak terjamin.Hendak pandu kereta pun takut dilanggar samun....apa ni saolah hidup di negara penyamun.Hentikan kutuk mengutuk antara idealogi politik bersatu memikirkan keselamatan rakyat .Tolong Pak Menteri dan badan yang berkenaan kuatkuasakanlah dengan sempurna.Amiiiiiiiiin.

Sunday, June 1, 2008

KITA HANYA MENUMPANG ESOK LUSA TAK TAHU DI MANA

Di dalam kemelut politik yang kita hadapi sekarang ternyata pendekar -pendekar politik masih lagi berperang di antara mereka.Di parliment misalnya mereka masih lagi mempertikaikan kesilapan teknikal dan atur cara mesyuarat dan kadang kadang menjadi perbahasan yang mustahak dan pada hemat saya hanya membuang masa sahaja.
Perkara keduanya pula ingin saya memberi pandangan kepada pendekar-pendekar politik yang telah bersara.Berharap sangatlah mereka ini bersaralah sepenuhnya.Masa berubah dan cara pun berubah dan keaadan pun berubah dan mereka mesti akur pada keadaan.Gunakanlah waktu tua ini untuk rehat dengan keluarga dan biarkan jaguh-jaguh politik yang muda ini memperjuangkan politik cara mereka,pasti mereka tidak mahu melihat negara kita ini "TERGADAI'.Memperbetulkan dan mencari kesilapan pemerintah sangat bahaya kerana mungkin yang mengorek akan di korek dan akan menambah kecelaruan lagi bah kata orang memperbaiki kereta lama.Pada menteri-menteri yang dilantik semula yang pernah dulu membuat kesilapan berwaspada jika berucap kerana takut ada yang memulangkan paku buah keras.Pada pembangkang jika membangkang biarlah ada faktanya dan jauhilah perkara yang sensitif.Kepada kerajaan terimalah apa juga komen yang benar dan jangan takut menerima bangkangan yang positif.Jangan kerana maruah yang salah jadi benar dan yang benar jadi salah.Tadbirlah negara ini dengan sejujur jujurnya carilah harta sekadar keperluan yang lebih itu di agihkan pada yang memerlukan biar semua rakyat merasa.Kita tidak perlukan berbilion ringgit untuk hidup selama 79 tahun secara kesederhanaan.Pada pendekar politik yang dah bersara berilah peluang kepada pendekar politik yang muda menjalankan tugas mereka.Apa di risau pada Pak Lah kan Tuhan yang menentukan mengapa pasti kita pertikaikan.Fikir fikirkanlah.Ingat kita hanya menumpang esok lusa tak tahu kita di mana..