Sunday, June 1, 2008

KITA HANYA MENUMPANG ESOK LUSA TAK TAHU DI MANA

Di dalam kemelut politik yang kita hadapi sekarang ternyata pendekar -pendekar politik masih lagi berperang di antara mereka.Di parliment misalnya mereka masih lagi mempertikaikan kesilapan teknikal dan atur cara mesyuarat dan kadang kadang menjadi perbahasan yang mustahak dan pada hemat saya hanya membuang masa sahaja.
Perkara keduanya pula ingin saya memberi pandangan kepada pendekar-pendekar politik yang telah bersara.Berharap sangatlah mereka ini bersaralah sepenuhnya.Masa berubah dan cara pun berubah dan keaadan pun berubah dan mereka mesti akur pada keadaan.Gunakanlah waktu tua ini untuk rehat dengan keluarga dan biarkan jaguh-jaguh politik yang muda ini memperjuangkan politik cara mereka,pasti mereka tidak mahu melihat negara kita ini "TERGADAI'.Memperbetulkan dan mencari kesilapan pemerintah sangat bahaya kerana mungkin yang mengorek akan di korek dan akan menambah kecelaruan lagi bah kata orang memperbaiki kereta lama.Pada menteri-menteri yang dilantik semula yang pernah dulu membuat kesilapan berwaspada jika berucap kerana takut ada yang memulangkan paku buah keras.Pada pembangkang jika membangkang biarlah ada faktanya dan jauhilah perkara yang sensitif.Kepada kerajaan terimalah apa juga komen yang benar dan jangan takut menerima bangkangan yang positif.Jangan kerana maruah yang salah jadi benar dan yang benar jadi salah.Tadbirlah negara ini dengan sejujur jujurnya carilah harta sekadar keperluan yang lebih itu di agihkan pada yang memerlukan biar semua rakyat merasa.Kita tidak perlukan berbilion ringgit untuk hidup selama 79 tahun secara kesederhanaan.Pada pendekar politik yang dah bersara berilah peluang kepada pendekar politik yang muda menjalankan tugas mereka.Apa di risau pada Pak Lah kan Tuhan yang menentukan mengapa pasti kita pertikaikan.Fikir fikirkanlah.Ingat kita hanya menumpang esok lusa tak tahu kita di mana..

No comments: