Monday, June 23, 2008

GELI GELEMAN MELIHAT PERWATAKAN ORANG POLITIK

Melihat perwatakan dan mendengar kata ucapan orang2 politik ini kadang kadang rasa malas nak ambil peduli.Ada yang kata begini ada yang kata begitu mengapa tidak pelawak pelawak ini duduk semeja berunding untuk kebaikan negara dan rakyat dan akurlah pada kekalahan dan kemenangan.Mengapa mesti adanya cucuk mencucuk,hebahkan kelemahan masing masing mengapa tidak cari jalan tengah berunding dan menuju ke matlamat yang satu walau pun berlainan ideologi.Sudahlah berhenti menunding jari nanti sampai bila pun tak selesai.Pak Lah orang Melayu dan Annuar pun orang Melayu jangan kita ditertawakan oleh bangsa asing.Mengapa orang Melayu suka kutuk Melayu mencari kesilapan masing masing.BN bermati matian untuk mengambil alih Kelantan mengapa tidak dibiarkan sahaja Nik Aziz memerintah.Tidak terlihat oleh BN negeri Kelantan sahajalah yang boleh memelayukan yang bukan Melayu.Gedung perniagaan banyak dipunyai orang Melayu dan perniagaan yang biasanya dijalankan oleh orang Cina tetapi di Kelantan perniagaan itu di jalankan oleh orang Melayu.TIDAK KAH KITA MERASA BANGGA?.Parti pembangakang pun serupa, cari jalan untuk menjatuhkan kerajaan yang ada.Tidakkah parti pembangkang tahu implikasinya jika terjatuhnya kerajaan yang ada sekarang.Siapa nak jadi menteri dan timbalan nya dan yang lain lain cukup ke orang?. Biasanya apabila Melayu menyerahkan tugas kepada Melayu banyak fail yang hilang tidaklah selicin Cina dengan Cina lagi ikhlas seperti di Penang.Bukankah ini akan merumitkan suasana dan pentadbiran negara pun akan terjejas.Pada Anuar berharaplah kami ,janganlah kacau kacau Pak Lah lagi dan begitu juga Pak Lah janganlah kacau PR akurlah bersama berundinglah baik baik demi untuk rakyat yang dah terbeban dengan keadaan ekonomi sekarang.Kalau orang orang Sabah bising bising lepaskan sahaja Sabah tu kepada mereka .Nak terlongkup ke atau maju biar jadi bebanan mereka.Kita jaga Semenanjung Tanah Melayu,kita pun asalnya bukan bersama mereka.Kita tanam getah,sawit dan padi banyak banyak dan kita pulangkan balik pekerja asing ini ke negeri mereka nescaya kita hidup aman sentosa sampai ke akhir hayat dan Pak Lah pun tak pening kepala dan Annuar duduk diam diam apa lagi nak bising bising semua dah tua bila bila masa kita akan pergi.Yang pentingnya biarlah kami hidup senang kami tak perlukan yang mewah2 hanya bumbung untuk berteduh,ada baju untuk di pakai dan ada nasi untuk disuap dan tanah kubur untuk kami kebumikan.Fikirkanlah....bersimpati pada yang ikhlas dan jujur yang menjadi mangsa keadaan.

No comments: