Saya membaca berpuluh blog di dalam satu hari.Kebanyakannya menceritakan keburukan individu,Yang memimpin kutuk yang kena pimpin dan yang kena pimpin kutuk si pemimpin.Ada yang membandingkan si polan itu hina dari tahi babi,si polan itu kaki betina dan bermacam macam lagi.Sebelum di jatuhkan hukuman oleh yang berhak menghukum si bloggers ni dah pula menghukum.Dimanakah keadilan untuk orang yang di tuduh?
Kelakuan manusia ini adalah pengaruh dari cara didikan dari ayah ibu.Jika emak bapak nya kuat mencarut mungkin anaknya mengikut begitu juga seterusnya.Ada orang suka mendengar orang mencarut atau memaki hamun seseorang ada yang tidak kerana didikan berbeza dan taraf kehidupan manusia pun berbeza.Pergaulan pun sedikit sebanyak membawa pengaruh dalam kehidupan kita.Jika bergaul dengan orang suka ke surau kesurau lah kita dan jika bergaul dengan orang yang suka berdangdut, berdangdutlah kita dan seterusnya.
Kadang kadang saya geli geleman bila terbaca perkataan yang tak sepatutnya di gunakan di dalam penulisan.Terus terang saya katakan jika begini adanya penulis2 yang kononnya pakar dalam politik mahu pemain politik yang lain akan membuat ramai yang atas pagar tidak akan mahu mengundi.Penulis penulis pembangkang menulis dengan maki hamun begitu juga kesombongan parti pemimpin dan keceluparanya bak kata pepatah "Kuali mengatakan buntut belanga hitam".Saya rasa semua orang tahu, di lantik siapa saja di atas akan begitulah jadinya.Kroni tetap kroni dan proxi tetap proxi,ini mengikut realitinya.Jadi rumusan saya janganlah buat yang orang yang tak berdosa ini merajuk dan tidak memperdulikan hal2 politik kita ini.Sekarang pun dah ramai yang mengundi bukan kerana "partinya" tetapi" orangnya."Kadang kadang sayu juga hati bila terpandang di buku peta lama tertulis "PERSEKUTUAN TANAH MELAYU"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment