Sunday, May 25, 2008

BOLEH TAK DIUJUDKAN "BANGSA MALAYSIA"

Bolehkan terujudnya "Bangsa Malaysia".Pada pendapat saya boleh,tetapi mungkin berpuluh puluh tahun lagi.Saya berpendapat demikian kerana sebelum terjadinya "Bangsa Malaysia"bolehkah di Malaysiakan bangsa-bangsa yang telah ada,iaitu megunakan satu bahasa dalam pertuturan iaitu bahasa Melayu.Bolehkah ini dilaksanakan?Sedangkan sudah lima puluh tahun kita merdeka ada yang masih tergagap gagap bila berbahasa Melayu.Itu baru bahasa bagaimana dengan budayanya.Bolehkah kita jadikan sebagaimana di Indonesia?Di Malaysia hanya satu negeri sahaja yang berjaya mekelantankan bangsa Cina mahupun orang India.Mereka fasih bertutur bahasa Kelantan dan sedikit sebanyak mencintai adat resam orang Kelantan dan budayanya.Bolehkah kita Malaysiakan rakyat yang berbilang kaum yang yang telah lama hidup di dalam budaya masing2.Bolehkah kita hilangkan bagaimana perasaan orang Melayu terhadap orang Cina dan begitu juga sebaliknya.Kita perhatikan yang remeh2 sahaja saperti jika di syarikat orang Cina tentu majoriti pekerjanya orang Cina.Kalau di syarikat Melayu tentu pekerjanya ramai orang Melayu.Begitu juga kalau syarikat orang India.Tetapi pernahkah kita pergi melihat di syarikat asing yang berada di Malaysia.Siapa yang ramai bekerja?Tentulah ramai orang Melayu tetapi di department mana?Cuba kita tinjau di pentadbirannya siapa yang ramai.Saolah2 orang yang menanam modal di negara kita ini tidak begitu yakin pada orang Melayu untuk memberi jawatan2 yang tinggi.Kalau adapun dah terpaksa.Dimana silapnya?,atau pun mereka ini dah mengetahui "attitude" orang Melayu bila bekerja atau pun dah di beritahu terlebih dahulu.Fikir fikirkanlah saya masih teringat Persekutuan Tanah Melayu.Saya inginkan Malaysia yang beridentiti berkonsepkan rukun negara yang ada.

No comments: