Wednesday, May 21, 2008
TAK LENA TIDUR.............
Tsunami politik masih lagi bergegar.Pendapat mencurah-curah.Kutuk mengutuk melempah-ruah,tak kurang juga yang mengambil jalan tengah.Di manakah rakyat akan berpaling sedangkan jentera pemerintahan masih berserabut.Nak berpaling kepada pembangkang belum ada apa yang dibuktikan.Masing-masing sedang sibuk dengan memperbetulkan jentera masing-masing.Seperti memperbaiki kereta lama,usik yang ini yang itu rosak akhirnya tukar semua.Perlu di ingatkan juga kereta lama kuat makan minyak hitam.Jadi pada yang di atas sana carilah jalan penyelesaian supaya rakyat tenang,senang dan aman.Pada yang tidak mahu memikirkan tentang politik saya rasa mereka lebih banyak memikirkan tentang keselamatan.Apa gunanya kemajuan jika rakyat tidur malam pun tak lena kerana mengenangkan bilakah rumah kita akan dimasuki perompak dan menghunuskan parang panjang ke leher kita.Rata rata berbagai jenayah telah berlaku di seluruh negara dan tiap hari keluar berita yang menakutkan rakyat di akhbar-akhbar.Wahai Menteri yang berkenaan dan Wakil Rakyat yang dilantik tolonglah bertindak sewajar-wajarnya supaya rakyat boleh tidur lena di malam hari dan senang hati untuk meninggalkan rumah untuk menumpang hidup di negara yang bertuah ini.Fikir fikirkanlah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment